Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa
13 Mei 1969
1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat
Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah
dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang
Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum
ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar
dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan
antara orang-orang Melayu dan Cina.
2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah
Inggeris
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan
konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah
menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga
polarisasi kaum.
Umpamanya orang-orang Cina tinggal
di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong
sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam
ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar
bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai
buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.
Pada hakikatnya kegiatan ekonomi
orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini
menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi
lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan
ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak
seimbang.
3. Latar belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga
telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.
Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum
merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina,
India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang
tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira
sekadar keperluan peringkat rendah sahaja.
Manakala kurikulum sekolah Cina dan India
pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan
guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India . Keadaan
ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud.
Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India
yang tinggal di bandar-bandar sahaja.
4. Pertelingkahan Parti Politik
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan
Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya .
Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin
PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan
raya itu. Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya
seramai sembilan orang.
Bagaimanapun setelah Tunku membuat
perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan,
5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya
dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu. Mereka mula membangkitkan
kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera
orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung
orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini.
Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP
telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh
Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah
menyebarkan cogan kata “Malaysia hak orang Malaysia” (Malaysian Malaysia)
dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .
5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak
istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa
tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu
dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan
kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo
dalam bukunya “Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia”,
isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati
terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf
ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .
6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor
kepada peristiwa 13 Mei .
Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah
Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya
menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
adalah sebagai bahasa rasmi negara. 10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan
akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk
mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang
diiktiraf sebagai bahasa rasmi.
Kesimpulannya,puncanya ialah Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei,perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu, pertelingkahan Parti Politik,latar belakang pendidikan yang berbeza, Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris dan layanan berat sebelah oleh tentera Jepun.