Saturday 10 October 2015

PERISTIWA 13 MEI



PENGENALAN


          Pengenalan Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebabsebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya.
Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya.
Ekonomi adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.Kesimpulannya, kejadian ini telah menyebabkan kemerosotan ekonomi Malaysia dan kerajaan telah mengambil tindakan untuk meningkatkan ekonomi terhadap kaum melayu.








KRONOLOGI

Kronologi


        Selepas Pilihan raya 1969 di mana parti-parti pembangkang terutama Parti Tindakan Rakyat(DAP) dan Gerakan kemenangan yang memberangsangkan.Walaupun Parti perikatan masih boleh membina kerajaan, namun kemenangan mereka merosot berbanding dengan pilihan raya sebelumnya.Urutan pertistiwa ini sebenarnya bermula dengan kempen pilihan raya yang kemudian,apabila diteruskan menjadi semakin hangat sehinggan perbincangan tertumpu kepada isu-isu perkauman dan peribadi individu-individu tertentu.DAP dan GERAKAN mengadakan perarakan secara besar-besaran pada 11 dan 12 Mei 1969.Perarakan jenazah yang dilakukan oleh Parti Buruh pada 9 Mei 1969 terhadap seorang pemuda Cina yang terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis sebelum pilihan raya.UMNO berasa tercabar turut mengadakan perarakan atas kejayaan mereka menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya tersebut.Datuk Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor mengetuai perarakan tersebut.Pergaduhan dan rusuhan tercetus dan bantuan tentera terpaksa dipanggil apabila polis gagal mengawal keadaan.Rusuhan kaum berlaku di kawasan tertentu dan jangka masa yang terhad.Rusuhan tercetus di kawasan Kuala Lumpur dan sekeliling sahaja(selangor).Jumlah kematian dalam tempoh darurat di Selangor dadlah seramai 172 sehinggan 196 orang.Jumlah ini kemungkinan lebih kerana ramai yang tidak merekodkan kecederaan mereka.Para pemimpin mula memikirkan agar rusuhan ini dapat dielakkan daripada berlaku lagi.Antara tindak balas yang diambil ialah penangkapan tokoh-tokoh yang mendokongi rusuhan, perintah berkurung, mengawal berita-berita, radio dan televisyen, menapis penerbitan akhbar, mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti-parti politik, dan mengharamkan kempen pilihan raya.(ketika ini Sabah dan Sarawak belum melaksanakan pilihan raya peringkat negeri).

Kesimpulannya, dari pada peristiwa ini kita haruslah mempunyai sifat bertolak ansur. Contohnya, rakyat Malaysia haruslah hormat-menghormati antara kaum  supaya kejadian ini tidak akan berlaku.





PUNCA PUNCA YANG MEMEBAWA KEPADA PERISTIWA 13 MEI 1969



Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969



1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.


2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.
 Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.
Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.



3. Latar belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja.
Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India . Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.


4. Pertelingkahan Parti Politik
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu. Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang.
Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu. Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini.
Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata “Malaysia hak orang Malaysia” (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .


5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya “Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia”, isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .


6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei .
Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. 10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.

Kesimpulannya,puncanya ialah Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei,perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu, pertelingkahan Parti Politik,latar belakang pendidikan yang berbeza, Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris dan layanan berat sebelah oleh tentera Jepun.

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969


Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat(Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia(Gerakan), Parti Tindakan Demokratik  (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia yang kebijaksana kita haruslah memilih pemimpin yang mempunyai sifat bertanggungjawab, bukan sahaja sentiasa menyentuh sensitif kaum.


KESAN KESAN PERISTIWA 13 MEI 1969


Kesan-kesan Peristiwa 13 Mei 1969 
Kesan politik zaman Inggeris ini telah menyebabkan sistem masyarakat Negara ini yang asalnya sangat  taat dan hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan telah mengalami satu perubahan yang drastik. Kuasaan raja serta sultan Melayu telah dihadkan kepada hanya menjadi lambang kepada sesebuah negeri atau negara. Kemudian penjajah Inggeris ini telah menerapkan sistem residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan kemudiannya diikuti pula dengan sistem penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Dengan adanya sistem yang berbeza antara negeri, pemerintah percaya bahawa setiap negeri tidak akan bersatu untuk menentang mereka kerana tiada persefahaman. Inilah antara kesan yang telah terpendam lam dalam diri masyarakat hingga tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei.
Sistem yang diperkenalkan penjajah Inggeris ini mengurangkan kuasa pemerintahan raja-raja Melayu dan pembesarnya Perkara ini telah menyebabkan satu perubahan besar dalam pentadbiran. Fungsi residen dan penasihat British yang diperkenalkan telah mengambil alih peranan yang dahulunya dimainkan oleh pembesar-pembesar Melayu terutamanya dalam soal menasihati Sultan dan mendapatkan hasil untuk negeri melalui cukai.
Kesan terhadap penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah mengakibatkan perubahan dalam sistem ekonomi tradisional yang telah sekian lama diamalkan di Tanah Melayu. Sistem ekonomi tradisional yang dimaksudkan adalah seperti sistem yang berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan, dan penternakan ladang. Sistem ini mengalami perubahan disebabkan penjajah Inggeris telah menjalankan dasar ekonomi kolonialismenya dengan menjadikan sistem ekonomi yang wujud bermatlamatkan keuntungan semata-mata. 
Dalam perlaksanaan dasar ekonomi, British secara langsung dan tidak langsung telah mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu orang-orang Cina, India dan Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing. Perkara ini telah menyebabkan kaum-kaum Melayu, Cina dan India tidak dapat mempelajari untuk memahami satu sama lain. Mereka juga tidak dapat berinteraksi dengan baik dan menyebabkan kesukaran untuk mewujudkan perpaduan kaum.
Perbezaan jurang ekonomi yang ketara akibat daripada dasar pecah dan perintah colonial telah menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga mencetuskan konflik seperti 13 Mei. Di mana masyarakat telah dikelaskan berdasarkan kepada pekerjaan dan penempatan menjadi faktor penghalang kepada proses integrasi kaum yang lebih baik.
Pendidikan di negara kita yang seakan-akan ikut telunjuk masing-masing dan ini tidak disukai oleh sesetengah individu. Hal ini menyebabkan banyak suara yang inginkan keadilan daripada kerajaan supaya menyamaratakan sistem. Hal ini meyebabkan ramai yang tidak bersependapat dan ada di antara kalangan anak-anak mereka yang tidak bernasib baik mendapat pendidikan kerana masalah pertelingkahan ini.





PENGAJARAN PERISTIWA 13 MEI 1969

PENGAJARAN PERISTIWA 13 MEI 1969

Kehilangan Nyawa dan Harta Benda

Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini meninggalakan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat.

Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara

Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya .Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman , huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuashati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman .Antara contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan penjajah portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan penaklukan tanah kepunyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Jordon oleh kuasa Israel , dan penindasan secara kejam terhadap rakyat Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini .

Perpaduan Nasional
Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain .Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat-menghormati , bertolak-ansur , bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki , beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum . Dengan terdapat pelbagai jenis kaum , agama , budaya dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini . Oleh itu kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat . Pendek kata tanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.

Kesimpulannya, sebagai seorang rakyat Malaysia kita haruslah mempunyai sifat perpaduan nasional , sedia berkorban untuk negara kita dan peristiwa ini telah memberi keuntungan kepada musuh-musuh negara dan kehilangan nyawa dan harta benda kepada rakyat Malaysia.


KESIMPULAN

KESIMPULAN
Malaysia mempunyai masyarakat pelbagai kaum dan berbilang bangsa. Oleh itu,sebagai masyarakat yang bersatu padu,kita haruslah saling menghormati sesama kaum tak kira melayu,cina,atau india. Sikap saling hormat menghormati  amat penting kerana ia dapat melahirkan masyarakat yang majmuk dan saling bantu membantu sekaligus dapat bersatupadu membangunkan negara. Kita tidak patut mencontohi budaya barat yang menanam sifat memilih kasih antara kaum. Mereka mengutamakan orang berkulit putih manakala orang berkulit gelap disisih kan. Perkara ini akan menyebabkan perselisihan antara kaum dan boleh mengakibatkan pergaduhan. Jika ini berlaku di negara kita trajedi berdarah yang pernah berlaku pada tahun 1969 akan berulang. Kesimpulannya,kita haruslah mengelakkan trajedi ini berlaku kembali, negara akan menjadi kucar kacir jika kita begaduh sesame kaum. Oleh itu, kita haruslah bersama-sama menjaga hubungan baik sesama bangsa untuk mengekalkan  keharmonian pada generasi akan datang.